Buat kesayangan semua yang sudi singgah di blog Kak Zila.
Hari ni Kak Zila nak kongsi pengalaman Kak Zila sepanjang berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam, buat rujukan Kak Zila untuk masa akan datang dan juga buat sahabat sekalian. Mungkin ada yang sedang berkira untuk bercuti dan bercadang nak datang ke Langkawi kan. Moga dengan sedikit perkongsian dari Kak Zila ini dapat membantu sahabat sekalian.
Kami mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada jam 12 malam, perjalanan sangat lancar sebab kami pergi waktu bukan cuti sekolah. Kami rancang untuk ambil feri di Jeti Kuala Perlis.
HARI PERTAMA ( SABTU ) 30/09/2017
Perjalanan Feri
Lebih kurang Jam 6.30 pagi kami sampai di Perlis. Lepas solat subuh, kami menghala ke Jeti Kuala Perlis. Lepas sarapan di sekitar Jeti Kuala Perlis. Abang Kak Zila mencari parkir kereta. Di sekitar situ, ada beberapa orang lelaki yang menaiki motosikal yang jaga parkir. Kak Zila tak pasti, mereka memang yang ditugaskan sah untuk kutip parkir atau sebaliknya.
Abang Kak Zila parkir berdekatan dengan Jeti dan lelaki bermotosikal terus datang dan tanya berapa hari tinggalkan kereta kat situ. Nak tak nak kami terpaksa bayar. Sehari RM10. Kak Zila ingatkan supaya berhati-hati dengan pemungut parkir kereta, cari parkir yang lebih sah dan dengan harga yang murah.
Lepas dah selesai kes parkir kereta. Kami terus beli tiket feri. Keadaan masa tu tak ramai dan tak berebut masa beli tiket. Tiket feri seorang dewasa dengan harga RM18 sehala.
Kami bertolak dari jeti Kuala Perlis jam 8.30 pagi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 Jam, Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Cuaca dalam feri ketika Kak Zila pergi sangat la sejuk. Nasib baik Kak Zila dan siap sedia sweater. Kalau tak beku laaa..
Ini lah feri yang kami naik. Kak Zila juga sempat ambil beberapa keping gambar suasana dalam feri.
Boss tengah cari tempat duduk.
Madam dah dapat duduk, Senyum lebar dapat bergambar. Waktu ni aircond depan muka. Memang sejuk sesangat. Oh ya, buat yang bawa bagasi dan barang-barang. Letak di tempat yang dah disediakan. Kak Zila bawa satu bagasi dan satu bag. Semua simpan berdekatan dengan pintu masuk feri bahagian depan.
Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Langkawi setelah 1 jam perjalanan.
Nie la barang yang kami bawa. Balik nanti tak tau la kan sama bag ke makin bertambah..Kih kih
Kadar sewa motor/kereta
Dah sampai jeti Langkawi, sebab nak jimat belanja kami putuskan nak sewa motor. Bila tengok cuaca dan tengok harga sewa motor tak jauh beza dengan harga kereta. Abang Kak Zila kata, lebih baik kita pilih kereta. Setelah bincang punya bincang, dan kata putus sewa kereta. Kak Zila ambil 2 hari saja.
Kak Zila sewa kereta dengan Abang Mat. Kami kenal Abang Mat ni, lepas keluar dari pintu keluar dari Terminal Jeti Langkawi. Orang nya peramah. Bagi Kak Zila orang nya sangat bertutur bahasa baik. Abang Mat juga berikan kami peta dan kawasan-kawasan untuk di lawati untuk senang kita rujuk. Kak Zila masukkan sekali kat sini kad nama beliau yea untuk rujukan kita bersama.
Hari pertama tak banyak aktiviti kami buat. Lepas isi minyak dan keluarkan duit dari ATM kami teruskan perjalanan ke tempat penginapan. Jangan risau, kat Langkawi banyak stesen minyak dan ada bank dan mesin ATM. Biasa hanya terdapat di kawasan bandar.
Penginapan
Kami menginap di hotel bajet, RL Budget Acommodation, Langkawi. Kadar sewa harian RM90/ semalam. Bilik yang sangat luas yang pernah Kak Zila tinggal dengan kadar sewa yang murah.
Antara yang terdapat dalam bajet hotel murah ni. Tuala disediakan, TV siaran astro, Penghawa dingin juga lengkap dan berfungsi elok, Pemanas air, almari solek, Kerusi malas, penyangkut baju, cerek elektrik dan juga wifi.
Kak Zila kongsi kan beberapa keping gambar sekitar luar tempat kami menginap.
Suasana luar penginapan
Sekitar luar penginapan. Disediakan juga tempat arkir kerete berdekatan hotel. Bagi Kak Zila yang namakan destinasi ni sebagai destinasi bajet berpuas hati dengan RL Bajet berbaloi dengan harga. Kak Zila tak de ambik pakej makan pagi dan tengahari yea sayang. Kak Zila kongsikan kat sini no telefon untuk hubungi RL Bajet yea.
RL Bajet ringkasan no telefon dan alamat
Tempat beli belah pertama
Lepas dah "check in". Kami tak lepaskan peluang terus ke kedai coklat.Memang mengujakan. Kami singgah di Haji Ismail Group. Banyak coklat dan lain-lain barangan yang di jual.
Antara coklat yang ada. Banyak lagi jenis coklat lain yang ada di sini, Contoh Peppero, Hershleys, Cardburry dan lain-lain
Kak Zila jakun sikit, sebab pertama kali jumpa mentos besar Langkawi.Hahaha
Nie la rupa isi dalam nya. Kak Zila sangka isinya sebesar bola ping pong.Aduii
Taman Lagenda
Selepas trip pertama beli belah, kami ke Taman Lagenda. Kawasan berhampiran dengan lokasi Jeti Kuala Perlis dan bersebelahan dataran Lang. Taman yang sangat cantik, masuk percuma yea. Boleh masuk di laluan jalan berdekatan Pekan Rabu. Pantai nya tersangat cantik. Sempat kami abadikan beberapa keping gambar sebagai kenangan.
Tersama plak. Pemandangan sangat laa cantik.
Posing maut sekali sekala
Ada cerita di sebalik Lagenda " Tombak Pandak Mayah". Nampak tak dibelakang Kak Zila tu. Ada kisah di sebaliknya
Sempat lagi posing dengan produk kesayangan Majraha Maxwhite. Waktu panas camni, memang siap sedia buh dalam bag. Elak sunburn.
Merenung masa depan. Haha.. Taman ni agak luas yea.
Makan Laksa
Dah lepas jalan-jalan Taman Lagenda. Perut lapar sempat pekena Laksa Kedah.Pedas dan sedap. Harga nya berbaloi murah. Camni RM3 sahaja.
Laksa Langkawi
Sedang nikmati kesedapan laksa dan kepedasan nya. Bersungguh-sungguh.
Nie la kedainya. Anuar Laksa Cafe.
Nusantara Maju - Tempat Proses produk gamat
Setelah makan laksa, kami penuhi hari pertama percutian dengan lawat tempat proses produk gamat di Nusantara Maju. Masuk dan parkir adalah percuma. Sempat juga kami sopim beberapa produk gamat untuk diri sendiri dan di hadiahkan untuk kawan-kawan dan famili.
Antara gambar kenangan sepanjang berada di sana
Jangan pulang tanpanya. Posing ala-ala model gamat tak berbayar. Hehe
Tempat memasak gamat
Kak Zila datang low season, tak ramai orang sangat seronok berjalan dan parkir memang banyak kosong.
Sopim time. Minyak gamat
Cukup setakat ini untuk hari pertama sepanjang Kak Zila berada di Langkawi. Hari kedua akan Kak Zila kongsikan nanti yea. Tunggu tau sambungan nya.....
Comments
Post a Comment