09 SEPT 2018 (AHAD)
Pagi lagi kami dah bangun. Memandangkan cuti kali ni terlalu ramai orang bercuti ke sini. Kami ambil keputusan gerak awal. Lepas sarapan di kedai berdekatan kami iaitu restoran Melayu nama nya Khaled. Islam siam.
Usai makan, ada pemandu tut tut tanya nak kemana. Belum kami tanya dia dah soal kami. Kami bagitau nak ke Samila Beach dan Chang Puak Camp. Die tawarkan harga 1000 Baht ke 2 tempat yang saya bagitau kat atas dan bawa kami pulang ke hotel. Banding dengan grab, pergi lebih kurang 600 Baht dan balik harga lain dan ke satu destinasi sahaja.
Kami ambil keputusan guna khidmat Tut Tut.
Kami menghala ke Chang Puak Camp. Perjalanan ke Chang Puak Camp dan Samtilla Beach sama laluan. Cuma akan jumpa Camp gajah dulu pastu baru lah pantai. Nie antara sebahagian gambar kami di Chang Puak Camp. Kalau nak naik gajah harga 500 Baht seorang. Kenangan bersama gajah. Kali pertama dan kali terakhir naik. Kesian tengok. Tak tau berapa kali bawa muatan manusia.
Antara gambar yang sempat kami rakam sebagai kenangan. Kalau nak bagi makan gajah 100 Baht. Makanan nya pisang. Kami sampai awal lebih kurang jam 9 pagi. Kami orang paling awal masuk.
Selesai bergambar di Camp gajah. Kami menghala ke Samtilla Beach. Driver Tut Tut memang tunggu sampai kami selesai bergambar. Die akan tunggu kita. Walau berlainan bahasa, die juga ada yang faham bahasa kita bahasa melayu. Cuma nak balas semula tak reti.
Dari Camp gajah ke Pantai Samtila lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki Tut Tut. Kat sini macam pantai biasa kat Malaysia. Ada orang buka gerai jual makanan. Jual cenderamata. Ada patung duyung dan patung kucing, diperbuat dari tembaga. Kami sempat bergambar walau ramai, sampai kena tunggu giliran bergambar sebab padat sangat. Sampaikan gambar duyung pun tak nampak dah, di lindung orang yang bergambar. Kelakar 😂
Kat pantai ada orang jual nie, Jakun tak pernah makan beli satu rasa. Buah teratai, rasa lemak manis dan ada pahit sikit.
Tak sampai sejam kami kat pantai. Setel bergambar dan nikmati pemandangan indah kami berangkat pulang. Kami minta pemandu hantar kami ke pasar yang hari pertama kami pergi sebab nak beli kacang semata mata. Orang kata kacang pandai 200TB Haha. Dan beli kacang gajus goreng 200TB Sekilo. Untuk buah tangan balik nanti. Kami ada beli pelekat jugak 80 Baht dapat 3. Penjual letak 100 Baht kami minta kurang dapat 80 Baht. Jadila kan.
Tips ni jangan kedekut tawar harga. Kurang nya 20, 30 Baht kurang dah dapat beli air. Hehe. Orang kata minta kurang 30% dari harga asal. Kadang kalau jenis hati tisu macam kami ni nak minta kurang kesian kan penjual. Hakikatnya sendiri pun kena kesiankan juga. Hehe.
RINGKASAN PERJALANAN KAMI
KOS PERBELANJAAN
Tukar duit RM ke Thai Baht
Rate 7.8, tukar RM1013 dapat 8,000 Thai Baht
Bas dari TBS ke Bukit Kayu Hitam Kedah
2 hala untuk dua orang RM230
Hotel Tanapath Hatyai
3 hari 2 malam RM142
Teksi Jitra ke Bukit Kayu Hitam = RM70
DALAM MATA WANG THAILAND
Van Imigresen ke Hotel = 120 (2 Orang)
Hotel ke Pasar = 60 (2 Orang)
Beli kacang gajus 220
Beli kacang Pistachio (ntah betul tak ejaan bedal 😂) 200
Tut Tut ke Camp Gajah + Pantai Samtila 1,000 trip 2 hala
Naik gajah 500 seorang
Bagi makan gajah 100
Makan seharian seorang 200
Cenderahati 100
Grab pergi balik floating market 129+127 (2 orang)
Hotel ke Asean Nite market 100/2 orang
Asean Nite Market ke hotel 80/2 orang
TEMPAT KAMI KUNJUNGI
Asean Nite Market
Samila Beach
Tugu Ikan Duyung
Chang Puak Camp
Pasar dekat Clock Tower
Lee Garden
Klong Hae Pasar Terapung Hatyai
TEMPAT MAKAN
Khaled Restoran (Sarapan)
Food Court di atas pasar.
Agak terhad tempat makan kami kunjungi memandang kan kami tak de pengangkutan. Untuk makan tempat lain seeloknya ada pengangkutan sendiri. Senang nak bergerak ke mana mana. Kami banyak berhabis untuk pengangkutan.😂
TIPS
Untuk yang datang tanpa kenderaan sendiri. Lepas keluar chop passport di Imigresen Thailand. Jangan naik kereta, naik Van lebih murah hanya 60 TB seorang. Jalan sikit ke depan dekat dengan 7E van berkumpul.
Datang awal pagi untuk elak kesesakan di semua tempat terutama waktu peak season. Cuti sekolah panjang.
Beli terus simkad Thailand. 150 TB dah dapat 1 simkad untuk 5 hari guna. Internet memang sangat laju.
Harga makanan kat sini untuk goreng goreng lebih kurang 60-80 TB.
Lebih jimat datang berkumpulan. Bandingkan harga grab dengan tut tut. Biasa grab untuk destinasi dekat tak nak. Boleh naik tut tut je.
Di floating market anjing pun ada sila berhati2 dengan nya dan pandang bawah sama takut terpijak tuttt..😂
Di harap perkongsian ini memberi manfaat untuk yang rancang untuk ke sana. Dan untuk rujukan diri sendiri.
Sekian Wassalam..
Jumpa lagi Hatyai Thailand.
Comments
Post a Comment