Assalamualaikum...
Ini cerita kami. Memandangkan cuti 3 hari agak panjang kami rancang ke negeri sempadan. Thailand. Perjalanan kali pertama ke Hatyai. Kami mula rancang pada Jul 2018. Lebih kurang 2 bulan awal. Banyak juga kami cari info, antara nya tentang cara nak pergi sana, bajet berapa dan tempat tempat yang menarik.
Kami rancang pergi dengan menaiki bas. Ada yang pergi dengan keretapi dan kereta. Akhirnya kami pilih untuk naik bas sebab lebih murah dan pilihan waktu ke sana lebih banyak.
7 Sept 2018 (Jumaat) & 8 Sept 2018
Bas kami pada jam 6.18 petang dari TBS ke Bukit Kayu Itam, Kedah. Lebih kurang jam 4 petang kami dah gerak dari rumah ke Stesen KTM Kajang. Parking kereta kat sana. Sehari RM5, Jadi kami parking dalam 4 hari. Dari hari Jumaat sampai Isnin. Jadi jumlah bayaran RM20. Parking di TBS dan ambik KTM ke TBS rasa lebih memudahkan kami.
Kami tiba di TBS jam 5.00 Petang, Check in masuk tiket bas semua. Tunggu punye tunggu hari malang bagi kami, sebab trip bas tetiba dibatalkan tanpa maklumkan pada kami sepatah ayat. Call pihak pengurusan bas, dan bertekak sket dan minta tolong setelkan secepat mungkin. Kerana dah melibatkan masa dan tenaga. Semua dah kami tempah, tiket balik dah kami beli. Alhamdulillah akhir nya selesai, pihak pengurusan bas tak dapat cari tiket lain, die cuma bagi tiket ke Jitra. Dan dari Jitra kami terpaksa ambil teksi ke Bukit Kayu Hitam Kedah.
Sampai di Jitra jam 4 pagi. Nasib kami baik ada teksi, caj teksi waktu tu agak mahal. Mungkin sebab awal pagi. Memandangkan pihak pengurusan bas berjanji untuk bayar balik tambang teksi, kami bersetuju.
Lebih kurang 40 minit perjalanan dari Jitra ke Bukit Kayu Hitam. Sampai sana keadaan agak genting, sebab kereta banyak dan agak jem. Setengah jam kereta tak bergerak. Dengar dari pakcik teksi kaunter imigresen tutup jam 12 malam dan buka jam 6.30 pagi.
Ada 4 check point kami lalui sebelum sampai ke check point terakhir, Imigresen Thailand. Pertama AKSEM akan check, kemudian KASTAM, Kemudian Imigresen Malaysia kat sini passport akan di scan. Bagi pada pemandu teksi die akan hulurkan pada pegawai imigresen. Kita cuma perlu duduk dalam kereta, dan yang terakhir adalah check point polis.
Nielah keadaan di pagi hari dari Jitra Kedah ke Imigresen Malaysia.
Akhir sekali kami sampai Imigresen Thailand. Awal pagi jam 6.30 pagi dah penuh orang beratur. Masa kami sampai ada yang ingin ambil kesempatan. Katanya tak payah beratur, cuma bagi die 40 Ringgit terus boleh masuk tanpa lalui kaunter imigresen. Kami ambil keputusan beratur, lebih kurang 10 minit dah selesai. Tanpa selit duit apa kat passport. Sebab ada blog yang kami baca kata nya kena selit duit untuk Imigresen Thailand.
Akhirnya kami Jejak bumi Thailand. Hehe. Padahal sempadan je. Agak blur bila dah chop passport dan keluar. Tak tau nak hala kat mana. Kat sini kena hati-hati. Ada kereta yang telah tunggu dan kalau kita tak tau kita pergi tanya diaorang mungkin kita kena. Naik kereta diaorang. Mula kami tanya kata nya 700Bath mahal Giler. Lepas tu die kurangkan 600Bath. Kami kata tunggu dulu, sebab agak mahal. Dan van juga tak kelihatan.
Dia macam agak paksa kita untuk naik dengan diaorang cuma kami kata tunggu. Kemudian kami tergerak hati nak tanya orang lain. Rupaya ada sedia Van kat luar dekat 7E. Perlu jalan sikit dalam 50 meter. Kami naik Van tambang nya cuma 60 Baht saja sorang. Banding 700 baht pertama tadi, banyak dah kami untung. Sib baik masih ada rezeki kami.
Dalam perjalanan ke tempat Van. Kami terus beli Simkad Internet Thailand. Tak de internet boleh jadi tak betul 😂. Dalam 150 Baht anggaran Rm20 Malaysia kami dapat guna internet 5 hari. Beli 1 simkad kongsi dua orang.
Perjalanan dari Van tadi Ke Hatyai lebih kurang sejam 15 minit perjalanan. Die akan hantar kita terus ke tempat yang kita nak. Sebaiknya bagitau mereka terus masa beli tiket Van. Kami sampai hotel jam 11 pagi. Terus ke kaunter dan minta nak check in awal. Tapi die kata bilik orang belum keluar dan belum kemas. Kami dibenarkan tinggalkan bag di kaunter.
Nie sebahagian gambar sekitar di hotel kami tinggal sehari RM74. Kami ambil 3 hari 2 malam.
Pastikan bawa travel adapter. Atau charger phone kepala dua. Sebab kat sini tak de kepala tiga..hehe. Kami tinggal di Thanapath Hatyai Hotel. Keadaan bersih dan memuaskan. Ada aircond dan wifi. Bilik pun besar. Tandas luas ada pemanas air. Dan dalam bilik disediakan TV dan peti sejuk kecil. Puas hati dengan harga nya. Dan dekat dengan kedai makan. Jalan kaki ke kiri pastu belok kanan ada kedai makan
Makanan semua makanan melayu. Kedai makan muslim. Nasi dagang, roti canai pun ada. Nasi berlauk pun ada. Bagi kami makanan sedap.
Kami juga ke Pasar yang berdekatan dekat dengan Lee Garden. Tak pasti nama pasar tu ape. Kami naik Tut Tut ke sana, tut tut tu pengangkutan di Thailand macam gambar di bawah. Lebih kurang 5 minit dah sampai ke pasar. Kat pasar tu pun ada kedai makan melayu dan kain baju, bag, kasut semua ada.
Nie sebahagian gambar sempat snap di pasar dan Lee Garden. Dari pasar ke Lee Garden boleh naik Tut Tut atau jalan kaki. Kami ambik keputusan jalan kaki. Dapat lihat pemandangan sekitar. Lebih kurang 10 minit jalan kaki.
Petangnya kami ke Floating Market Hatyai. Katanya bukak jam 3 petang sampai 7malam. Kami pergi naik grab lebih murah. Naik tut tut sebab kami berdua agak mahal. Belanja sekitar kat sana akan saya ringkaskan di akhir catatan cerita kami. Hati hati juga di Floating market sebab ada anjing berkeliaran. Die tak kacau orang cuma kita kurang selesa.
Antara makanan yang kami makan sepanjang di floating market. Banya lagi pilihan nakanan lain dan harga nya dalam 50-70 Thai Bath. Bergantung pada jenis makanan yang kita beli. Air nya unik dalam buluh dan ada yang dalam Tembikar. Keunikan itu buat orang teruja untuk cuba. Padahal air biasa je. Hehe
Malam nya plak kami ke Asean Market, kat Hatyai jugak. Dari Hotel kami Tut Tut memang dah bersedia tak perlu kita cari mereka. Hotel lain kami tak pasti. Tiap kali kami nak pergi mana mana diaorang dah siap sedia kat luar. Harga berbeza beza ikuy destinasi kita dan berapa orang yang naik.
Nie antara sebahagian gambar di Asean Market. Memandangkan cuti sekolah keadaan agak sesak dan padat. Peluang untuk makan dengan tenang memang tak de. Haha. Beratur pun panjang je walaupun nak beli air je. Tempat duduk cepat penuh. Antara sebahagian gambar yang sempat kami rakam. Kami datang tak sampai sejam terus balik sebab ramai sangat orang.
Selain makanan banyak gerai kain baju bag dan lain lain di bawah. Food court nya tingkat 1 dan kedai baju dan lain lain peralatan tingkat bawah. Kami tak sempat jalana jalan sebab tak mau bersesak dengan orang ramai. Akhirnya lepas makan tomyam dan nasi kami ambil tut tut dan balik hotel.
Sambungan bahagian kedua di lembaran seterusnya......

Comments
Post a Comment